Isnin, 24 November 2008

Tribute to Mat Lang

Assalamualaikum
Selamat tahun baru..dengan azam baru, tekad baru dan
segalanya baru..Dan kepada yg akan menempuh tahun 30an
soon..happy birthday. Dah tua korang yaaa !! (saya
??!)
Dan, dalam kita bergembira...nak raya, dapat bonus,
tahun baru dsbnya..jangan lupa sedekahkan Al Fatihah
kpd yg telah pergi..Cikgu kita..Arwah Puan Nik Roseny,
dan kawan kita, Arwah Mat Lang ( 29 Ramadhan ni, genap
11 tahun bulan Islam beliau pergi mendahului kita..),
Masa kita, entah bila !!Adakah 11 tahun yang 'lebih'
Allah kurniakan pada kita ( dibandingkan dgn dia..)
telah kita gunakan dgn sebaiknya ? Hanya kita yg ada
jawapannya. Sesungguhnya, kematian mereka yg terdahulu
dari kita adalah untuk mengingatkan kita bahawa dgn
ijazah berjela, pangkat, harta dsbnya..kita hanyalah
seorang hamba ..dan apa yg kita ada hanya pinjaman
semata mata..Yang empunya akan 'ambik balik haknya'
bila bila masa sahaja.
A year older, a year wiser.
Semoga Allah merahmati kita semua.
Selamat menjalani ibadah puasa, dan berRaya..
Maaf Zahir batin di atas segalanya ! ( I really mean
it..!)

Yang tulus dan ikhlas..
Dibah
Penang

1 ulasan:

Unknown berkata...

Email ini pun aku korek dari yahoo group, email dari arwah nik aa menjelang tahun 2000. Masa tu dah 11 tahun arwah mat lang meninggalkan kita, Alfatihah!.